Apa itu buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup dengan ketat.
Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.
Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.
Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.
“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi mengesahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.
“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” katanya.
Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.
Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.
“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan mengalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.
“Jangan tahan atau bertangguh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.
Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.
“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.
Punca
Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.
Rawatan
Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:
Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
Panduan mengelak buasir.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 Harian Metro2. Jadual Waktu Sistem Badan Manusia
No comments:
Post a Comment