Tuesday 25 November 2014

Ingatan Untuk Semua

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda. 
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh. 
---------------------------
====================================================
7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semutpun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT: "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa:
"Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
  Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat.
  Yang TINGGAL hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf : 67)
Semoga persahabatan kita bertambah erat dan sentiasa diberkati kerana Allah SWT. Aamiin...!!!

====================================================
Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

====================================================
10 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Alhamdulillah sekarang ramai jiran-jiran terutama orang kampung bersama-sama membantu. Itu yang diharapkan seperti dalam hadis ini :
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

==========================================================

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
 Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
 Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
 Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
 Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
 Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

==============================================================
6 Dosa Tidak Terampun..
Disaat kita hidup aman cukup makan
tidur selesa, pernahkah kita berfikir
tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil.
Kita meminta diampunkan dosa kepada
Allah, namun terdapat dosa yang tidak
akan diampun oleh Allah. Mari baca 6
dosa yang tidak diampun ini.
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut
pemakan harta anak yatim mesti
membayar kembali harta yang telah
digunakan serta memohon maaf kepada
anak yatim tersebut . Jika anat yatim
tersebut memaafkan perbuatannya,
barulah boleh bertaubat kepada Allah
SWT. Seandainya anak yatim tersebut
tidak memaafkan perbuatannya maka
dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah
hendaklah memohon maaf kepada
wanita tersebut, jika wanita solehah
tersebut memaafkan, maka terhapuslah
dosa tersebut dan bolehlah penuduh
bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya
wanita solehah tidak memaafkannya
maka dosa tidak terhapus dan tidak
boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang
memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad
adalah mereka yang dayus dan tidak
layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam
sejarah Islam hukuman mereka yang lari
dari medan Jihad sehingga Rasulullah
SAW terpaksa menunggu Arahan Allah
SWT untuk memaafkan kesalahan
tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal
sihir adalah mereka yang Syirik kepada
Allah SWT, memang tidak layak
bertaubat kepada Allah SWT melainkan
mengucap kembali kalimah Syahadah
dan mesti menyerah kepada kerajaan
Islam untuk melaksanakan hukuman
yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau
menyamakan kedudukan Allah SWT dengan
makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah
SWT dengan makhluk samada melalui
niat,percakapan dan perbuatan yang
disedari atau tidak disedari maka dosa
ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan
mengucap kembali kedua Kalimah
Syahadah dan pemerintah Islam mesti
melaksanakan hukuman hudud barulah
Allah SWT rela menerima kembali amal
ibadat seseorang hamba yang telah
menduakan Allah SWT atau
menyamakan Allah SWT atau
menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan
oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi
hendaklah dihukum bunuh dan terserah
kepada Allah SWT untuk mengazab
mereka. Rasulullah SAW pernah
mengutuskan utusan untuk membuuh
mereka yang menghina atau mengejek
Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa
penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/
S : 532

===========================================================
Saya sampaikan buat sahabat2 -mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini, wallahualam:
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Thursday 20 November 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.

Album 4









































Tanda - tanda Kematian

" TANDA-TANDA KEMATIAN "

ALLAH Subhanahu Wata'ala telah
memberi tanda kematian seorang
muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7
hari, 3 hari dan 1 hari menjelang
kematian..

Tanda 100 hari menjelang ajal :
Selepas waktu Asar (Di waktu
Asar kerana pergantian dari
terang ke gelap), kita merasa dari
hujung rambut sampai kaki
menggigil, getaran yang sangat
kuat, lain dari biasanya,
Bagi yang
menyadarinya akan terasa indah
di hati, namun yang tidak
menyedari, tidak ada pengaruh
apa-apa..

Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Asar, jantung berdenyut-
denyut.. Daun yang bertuliskan
nama kita di lauh mahfudz akan
gugur..
Malaikat maut akan
mengambil daun kita dan mulai
mengikuti perjalanan kita
sepanjang hari..

Tanda 7 hari menjelang ajal :
Akan diuji dengan sakit, Orang
sakit biasanya tidak selera makan..
Tapi dengan sakit ini tiba-tiba
menjadi berselera meminta
makanan ini dan itu..

Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi,
Jika tanda ini dirasa, maka
berpuasalah kita, agar perut kita
tidak banyak najis dan
memudahkan urusan orang yang
memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Asar, kita merasa 1
denyutan di ubun-ubun,
menandakan kita tidak sempat
menemui Asar besok harinya..
Bagi yang khusnul khotimah akan
merasa sejuk di bahagian pusar,
kemudian ke pinggang lalu
ketenggorokan, maka dalam
keadaan ini hendaklah kita
mengucapkan 2 kalimat syahadat..
Sahabatku yang budiman,
subhanALLAH, Imam Al-Ghazali,
mengetahui kematiannya..
Beliau menyiapkan sendiri
keperluannya,
beliau sudah mandi dan wudhu,
mengkafani dirinya, kecuali
bahagian wajah yang belum
ditutup..
Beliau memanggil
saudaranya Imam Ahmad untuk
menutup wajahnya..
SubhanALLAH..
Malaikat maut akan
menampakkan diri pada orang-
orang yang terpilih.. Dan semoga
kita menjadi hamba yang terpilih
dan siap menerima kematian
kapanpun dan di manapun kita
berada..
Dan semoga akhir hidup
kita semua Husnul Khatimah,
Aamiin..

Friday 7 November 2014

BUNGA IMAN BUAH KEBAHAGIAAN

BUNGA IMAN BUAH KEBAHAGIAAN
KITAB MUHIMMAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
HAK-HAK SUAMI

Aisyah r.a berkata, “wahai semua wanita! Jika kamu mengetahui hak suami-suami kamu terhadap dirimu, pasti kamu akan menyapu debu pada dua kakinya dengan muka kamu sendiri.”
Al-Hakim menceritakan, “Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah dan berkata, ‘Ibu saudaraku telah meminangku untuk anaknya. Jadi khabarkan padaku apakah hak suami terhadap isterinya. Jika ada satu hak yang mampu aku tunaikan, aku akan menerima pinangan itu.’
Rasulullah menjawab, ‘sekalipun seorang isteri menjilat darah atau nanah yang mengalir dari hidung suaminya, itu masih belum menunaikan hak suaminya.
Dan jika manusia boleh bersujud kepada seorang manusia lain, pasti aku akan menyuruh seorang isteri sujud terhadap suaminya.’
Lalu wanita itu berkata, ‘Demi Tuhan yang membangkitkanmu sebagai Nabi, aku tidak akan berkahwin selama aku hidup di dunia ini.’”
Rasulullah s.a.w. bercerita, ketika beliau datang ke Madinah, beliau melihat beberapa orang wanita sedang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Lalu beliau bertanya kepada mereka, “adakah kalian sebahagian daripada keluarga si mati?” mereka menjawab, “tidak.” Beliau bertanya lagi, “adakah kalian menyertai solat jenazah untuknya?” mereka menjawab, “tidak.” Lalu beliau berkata, “pulanglah.
Tidak perlu kalian mengiringinya malah tidak ada pahala kalian menziarahinya.” Lalu mereka disuruh pulang dan duduk di dalam rumah masing-masing.
Khidmat seorang isteri terhadap suaminya sama dengan ibadah yang dilakukan oleh seorang lelaki. Ini diceritakan di dalam sebuah kisah. Suatu hari, seorang wanita datang menemui Rasulullah. Beliau bertanya, “apa yang kamu mahu?” wanita itu manjawab, “Ya Rasulullah, kami semua para wanita mahu bertemumu.” Rasulullah bertanya lagi, “atas urusan apa?” jawab wanita itu, “kami tertanya-tanya, Allah meletakkan kaum wanita di bawah pimpinan lelaki, mentaati perintah mereka, malah disuruh duduk di dalam rumah
bagi menunaikan hak-hak mereka.
Kami juga dijadikan tempat melepaskan keinginan lelaki terhadap wanita dan kami difardhukan berkhidmat sepenuhnya kepada mereka. Sedangkan mereka pula pergi berperang, hadir berjemaah dan keluar bekerja. Jadi, apakah yang perlu kami lakukan bagi mendapat ganjaran yang sama seperti yang diberikan oleh Allah kepada mereka?”
Rasulullah kagum dengan pertanyaan dan perbandingan yang diberikan oleh wanita itu. Lalu beliau berkata, “aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik dan manis kata-katanya mengenai apa yang telah ditetapkan oleh Allah, selain engkau.”
Kemudian beliau berkatalagi, “beritahu para wanita itu dan semua muslimah, ganjaran ketaatan kalian terhadap suami masing-masing adalah sama dengan ganjaran yang Allah berikan terhadap kaum lelaki itu.”
Dalam sebuah kisah yang lain, seorang Badwi datang menemui Rasulullah dan berkata, “Tuan telah menyeru manusia kepada Allah dan saya akan mempercayai dan membenarkan kata-katamu jika tuan menunjukkan mukjizat tuan kepada saya.” Rasulullah bertanya, “apa yang kamu mahu?” Badwi itu menjawab, “Tuan panggillah pohon kurma yang sudah kering di hadapan kita itu supaya datang kepada Tuan.” Lalu Rasulullah berkata kepada badwi itu, “panggillah pohon kurma itu. Katakan padanya, Muhammad memanggilnya.” Badwi itu mentaati perintah Rasulullah dan berkata kepada pohon kurma itu, “Muhammad memanggilmu.” Pohon kurma itu bergerak-gerak di sebelah kanan lau akarnya tercabut.kemudian ia bergerak-gerak di sebelah kiri lalu akarnya tercabut lagi.
Pohon kurma itu pun mula bergerak menuju kepada Rasulullah.

“Assalamualaikum.” Rasulullah pun menjawab, “Alaikassalam.” Lalu badwi itu pun mengucapkan kalimah syahadah.
Rasulullah pun berkata, “Cukuplah mukjizat ini untukmu.” Badwi itu menjawab, “cukuplah….cukuplah….” selepas itu Rasulullah pun memerintahkan pohon kurma itu kembali ke tempatnya.
Badwi itu berkata lagi, “wahai Rasulullah, tuan telah menunaikan permintaan saya dan menunjukan mukjizat yang tidak pernah tuan tunjukan pada orang lain. Izinkan
saya sujud kepadamu.”
Rasulullah menjawab, “manusia tidak patut sujud selain kepada Allah. Jika boleh, pasti aku akan memerintahkan para isteri sujud kepada suaminya bagi membesarkan hak suami mereka.”
Rasulullah s.a.w. mendahulukan hak suami ke atas isteri melebihi hak kedua ibu bapa isteri.
Saudina Umar Al-Khattab bercerita, suatu hari beliau bersama sahabat-sahabatnya dan melihat seorang wanita sedang mendukung seorang lelaki tua. Saidina Umar bertanya, “mengapa engkau bersusah payah ini?” Wanita itu menjawab, “wahai Amirul Mukminin. Beliau adalah bapa saya. Apabila beliau mahukan sesuatu, beliau akan menjadi seperti anak-anak. Sesekali beliau mahu bermain di tanah seperti kanak-kanak kecil. Sesekali pula beliau mahu makan dan minum. Apabila saya tiada bersamanya, beliau akan menangis memanggil saya. Jadi saya mendukungnya di belakang saya sambil melakukan kerja-kerja saya dam memberikan apa saja yang dia mahu. Jika tidak dapat, saya akan menggantikannya dengan sesuatu yang lain.”
Saidina Umar terpegun dengan cerita wanita itu. Beliau berkata, “adakah kamu tahu, wanita ini telah menunaikan hak bapanya?” mereka menjawab, “benar, Amirul Mukminin.” Lalu Saidina Umar berkata, “dan kamu meminta saya juga berkata begitu, bahawa wanita ini sudah menunaikan hak bapanya malah lebih dari itu.” Wanita itu berkata, “engkau salah, Amirul Mukminin. Saya belum lagi menunaikan hak bapa saya. Bapa saya telah memelihara saya dan melakukan semua perkara kerana saya. Beliau berkorban apa saja untuk saya. Beliau mendoakan kesejahteraan hidup saya dan beliau tidak mahu saya mati. Sedangkan saya, mengharapkan kematiannya.”
Ahmad memberitahu, Anas berkata, salah seorang daripada kaum Ansar bercerita, seekor unta yang berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. tiba-tiba menjatuhkan dirinya dan bersujud.
Lalu semua sahabat Rasulullah s.a.w. pun berkata, “wahai Rasulullah, binatang yang tidak mempunyai akal ini pun sujud terhadapmu. Apatah lagi kami yang mempunyai akal ini. Kami yang lebih layak untuk bersujud kepadamu?”. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “manusia tidak patut sujud kepada manusia yang lain. Jika boleh, pasti aku akan memerintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya kerana haknya yang sangat besar ke atas isterinya.
Sekalipun seorang isteri menjilat nanah dan darah suaminya daripada tapak kaki sehungga ke tengah kepala, dia masih belum menunaikan hak suaminya.”
Setengah Ulamak berkata :
1. Wajib bagi seorang isteri mengekalkan rasa malu terhadap suaminya dan merendahkan pandangannya ketika berada di hadapam suaminya.
2. Wajib bagi seorang isteri mentaati perintah suaminya, diam ketika suaminya berkata-kata, berdiri menyambut kedatangan suaminya dan menghantar pemergian suaminya serta mendatangi suaminya di tempat tidur dengan memakai wangi-wangian.
3. Hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh menghilangkan bau mulutnya, mengekalkan perhiasan ketika berada bersama suaminya dan menanggalkan perhiasan itu ketika suaminya tiada.
4. Tidak mengkhianati suaminya dan hartanya ketika suaminya tidak ada, memuliakan kaum keluarga suaminya dan menghargai setiap pemberian suaminya.
Wanita yang takutkan Allah akan bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah. Dia juga akan bersungguh-sungguh mentaati suaminya, menjaga kebajikan suaminya dan memohon keredhaan suaminya. Itula syurga atau nerakanya.

Wednesday 5 November 2014

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL

TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting: 
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu. 

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? 
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah 

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? 
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah. 

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? 
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? 
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. 

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? 
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. 

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara mara, orang2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat... 

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.
USTAZ ROSLI AL HAFIZ